Home NASIONAL Politik Ahli parti D4P gagal patuh arahan tak layak pegang jawatan

Ahli parti D4P gagal patuh arahan tak layak pegang jawatan

168
0
Foto - Sumber Google

IPOH – Mereka yang gagal mematuhi arahan parti tidak layak untuk memegang sebarang jawatan, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Nga yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata, anggota parti di semua peringkat mesti mematuhi arahan parti dan tertakluk kepada perlembagaan parti dan disiplin.

“Tanpa parti, siapakah kita? Tanpa parti itu, adakah ada kerajaan?” tanya beliau, , sambil menambah banyak jawatan kerajaan dicalonkan oleh parti itu.

Nga berkata, anggota parti tidak sepatutnya melanggar disiplin parti dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan mereka.

“Kami tidak akan berkompromi dengan orang-orang yang bertindak seperti ‘kacang lupakan kulit’. Itu bukan budaya kita.

“Apabila (anda telah) melakukan sesuatu yang salah dan tindakan tatatertib diambil, jangan salahkan orang lain – mencerminlah diri sendiri,” katanya yang yang dipetik dari The Star.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya semasa Konvensyen Tahunan ke-20 parti di sini Ahad (24 Nov).

Pertengahan ucapannya, Nga juga menunjukkan video Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bercakap mengenai janji-janji Pakatan Harapan.

Di antara janji yang diketengahkan termasuk pemberian hak milik tanah tetap, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), tiada kenaikan cukai selama lima tahun, menurunkan kadar tarif air dan tender terbuka untuk projek.

“Saya yakin beliau (Ahmad Faizal) boleh buat demikian.

“Saya telah mengarahkan lima ahli Exco dari DAP untuk membantu beliau melaksanakan janji-janji itu,” katanya.

Beberapa ahli Exco yang tidak kelihatan semasa majlis itu ialah Paul Yong Choo Kiong, wakil Malim Nawar Leong Cheok Keng dan Pokok Assam, Leow Thye Yih. – MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here