Home NASIONAL Dakwaan ada ahli PKR, Amanah, GPS sokong pakatan baharu tidak benar –...

Dakwaan ada ahli PKR, Amanah, GPS sokong pakatan baharu tidak benar – Anwar

57
0
Foto - The Star

SEREMBAN – Dakwaan bahawa terdapat beberapa Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyokong pakatan baharu Muafakat Nasional yang digerakan pembangkang, adalah tidak berasas.

Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu merupakan strategi propaganda yang sengaja dijaja pembangkang.

“Itu perkiraan daripada usaha beberapa tokoh pembangkang…dia kata enam daripada Amanah dan apabila kita periksa, tak betul…jadi ada usaha penipuan dalam langkah perang psikologi mereka. Ada 15 daripada PKR, tak betul dan saya periksa sendiri…yang pastinya jumlah itu terlalu ekstrim dan berlebih-lebih, tidak benar.

“Jadi perkiraan itu meleset dan mereka (pembangkang) kaitkan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), kaitkan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir dan ini tidak baik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dakwaan berkenaan kata Anwar, turut menyatakan bahawa 18 ahli Parlimen GPS turut sama menyokong pakatan baharu.

Mengenai Muafakat Nasional, Anwar yang juga Presiden PKR turut mempersoalkan mengenai keperluannya memandangkan pembangkang khususnya UMNO telah pun diberikan mandat selama 62 tahun mentadbir negara.

“Saya tiada halangan..tetapi masalah dia, untuk apa? dia (pembangkang) kata untuk menyelamatkan Melayu. Dia dah diberikan mandat selama 62 tahun dan keduanya dia ditaja oleh beberapa orang yang (sedang) menghadapi kes-kes serius di mahkamah soal rasuah.

“Jadi patut dia hadapi itu dahululah. Janganlah anggap dia nampak baik, hal ini ditutup dan diselesaikan,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menghadiri majlis ramah mesra bersama Pro Reformis 98 yang turut dihadiri Pengerusi PKR Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

— BERNAMA

Dakwaan ada ahli PKR, Amanah, GPS sokong pakatan baharu tidak benar – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here